Cara agar mudah Hidupkan malam
1) Apabila masuk waktu maghrib,
niatkan dalam hati kita untuk dapat bisa mendirikan Qiyammullail, yaitu selepas
selesai sholat Maghrib .
“”Para salafussoleh apabila
mereka setelah sholat maghrib, mereka meniatkan qiyammullail”
2) Biasakan diri kita agar tidak
bercakap-cakap antara margrib dan Isya’, kecuali setelah melakukan 6 rakaat
*solat awwabin.
*Sholat sunnah yang dikerjakan
antara maghrib dan isya’ dinamakan sebagai sholat awwabin.
Boleh juga kita melakukan solat
istikharah pada waktu ini agar apa-apa yang akan kita lakukan pada malam hari
atas pilihan Allah.Dan bukankah pilihan Allah itu yang terbaik??
Kata Imam Al-Munzir dalam kitab
At-Targrib wa At-Tarhib:
Dari Makhul.ra  bahawa Rasulullah SAW sampaikan padanya dengan berkata:”siapa yang bersholat 2 rakaat selepas sholat Maghrib(fardhu) sebelum berkata-kata, Dalam riwayat lain: 4 rakaat, diangkatkan sholatnya di illiyyin (derajat surga yang tertinggi)”

Dari Abi Hurairah berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda:”Siapa sholat 6 rakaat selepas Maghrib(fardu) , tidak berkata diantara dengan sesuatu yang tidak baik, baginya sama seperti ibadah 12 tahun “”Riwayat At-Tirmizi.
Rasulullah s.a.w bersabda:”Siapa sholat 6 rakaat selepas Maghrib(fardu) , tidak berkata diantara dengan sesuatu yang tidak baik, baginya sama seperti ibadah 12 tahun “”Riwayat At-Tirmizi.
Faedah:
Para salafussoleh itu berebut-rebut dalam menyibukkan diri mereka dengan ibadah dan meninggalkan segala urusan dunia pada waktu itu.
Di Darul Mustafa(DM)/ Darul-Zahra Tarim Hadramaut:
Para salafussoleh itu berebut-rebut dalam menyibukkan diri mereka dengan ibadah dan meninggalkan segala urusan dunia pada waktu itu.
Di Darul Mustafa(DM)/ Darul-Zahra Tarim Hadramaut:
Begitulah habib Umar bin Hafidz
mengaturkan waktu buat kami. Selepas sholat Maghrib itu, setelah diberikan
waktu untuk melakukan sholat-sholat sunnah, kemudian baru masing-masing ke
halaqah Al-Quran masing-masing utk pembacaan Al-Quran selama setengah jam,
setelah itu, membaca wirid hinggalah masuk waktu isya’.
3) Setelah selesai menunaikan
sholat2 sunnah, isikan waktu tersebut dengan ibadah khusus seperti Bacaan
Al-Quran,wirid dan sebagainya.
4) Khususkan waktu antara
Maghrib-Isya’ pada waktu itu bermunajat kepada-NYA. Dan tepikan untuk sementara
waktu (Maghrib-Isya’) dari segala urusan dunia dan hubungan dgn manusia.
Kata Habib Umar Ibn Hafiz :
“Sayyidina Abu bakar meletakkan batu di mulutnya agar beliau tidak bercakap kecuali yang penting atau yang baik. kalau sayyidina Abu bakar yang sebegitu berbuat sedemikian, kita sebetulnya harus lebih perlu berbuat demikian”

Kalau kita bisa berhasil berbuat
yang demikian ini, (yaitu menahan diri dari bercakap-cakap antara magrib dan
isya’) selama dalam 40 hari berturut-turut, Insya Allah ia akan menjadi suatu
kebiasaan seharian kita dan kita akan hanya (ditolong oleh Allah SWT) berbicara
hanya pada saat-saat yang perlu di waktu-waktu lainnya. Jauh dari fudul
al-kalam(berbicara yang berlebihan).
5) Sebelum tidur, Hendaklah menjaga
adab-adab tidur seperti yang diajarkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW,
agar tidur kita diangkat dan dijadikan oleh Allah SWT sebagai ibadah bukan
tidur ghaflah(lalai) dan supaya mudah untuk bangun Qiyammullail.
Kata Habib Umar:
“Man hafaza ‘ala adabin Naum, soro naumuhu yaqazoha”.
(Siapa yang menjaga adab tidur, jadilah tidurnya itu tidur dalam keadaan yang sadar, tidak sia-sia umurnya).
Wallahu wa Rasuluhu a’lam bish
showab, wal ‘afwuminkum.